BAB DI LEBUH CARNAVON Garis panduan pemuliharaan bangunan

BAB
4: GARIS PANDUAN PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN BANGUNAN DI LEBUH CARNAVON

 

          Garis panduan pemuliharaan bangunan di tapak warisan
disediakan sebagai panduan untuk pelaksanaan kerja pemuliharaan bangunan
warisan di Lebuh Carnavon, Georgtown, Pulau Pinang. Garis panduan ini merujuk
kepada Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan yang disediakan oleh Jabatan
Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Hasil daripada
penyediaan garis panduan ini, adalah berasaskan daripada amalan pemuliharaan
bangunan warisan yang sedia ada yang dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara
(JWN). Semua aktiviti dan kerja yang berkaitan dengan pemuliharaan bangunan di
Lebuh Carnavon mestilah mematuhi prinsip dan prosedur yang terkandung dalam
garis panduan ini.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

4.1
PRINSIP DAN PROSES PEMULIHRAAN

          Apabila sesebuah bangunan warisan hendak dipulihara, aspek
utama yang menjadi matlamat dan nilai kepada projek adalah kepentingan budaya,
seni bina dan sejarah bangunan. Bangunan warisan harus dipulihara sepertimana
bentuk asalnya, kerana ini melibatkan keaslian bangunan daripada aspek seni
bina, bahan binaan, kaedah dan teknik binaan termasuklah tekstur, fasad dan
warna bangunan. Bagi mencapai matlamat pemuliharaan, proses kerja yang
dilakukan hendaklah berpandukan prinsip (panduan-panduan) yang memastikan
bangunan warisan sentiasa mampan (sustain) sepanjang projek dijalankan.

          Prinsip pemuliharaan juga diaplikasikan dalam proses
pemuliharaan. Ia merupakan aspek-aspek yang berkaitan dengan nilai yang terdiri
daripada ciri-ciri etika dan kualiti estetika dalam melaksanakan kerja-kerja
pemuliharaan. Etika dalam prinsip-prinsip pemuliharaan amat menekankan kepada
sikap yang positif terhadap bangunan warisan manakala kualiti estetika
merupakan pengekalan kualiti seni bina bangunan sebagaimana yang asal atau yang
asli. Jabatan Warisan Negara memberi penekanan kepada kepatuhan prinsip
pemuliharaan, bagi mecapai hasil kerja yang berkualiti. Segala prinsip
pemuliharaan yang diterapkan dalam kerja-kerja pemuliharaan di Malaysia adalah
berasaskan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) serta berpandukan kepada
prinsip pemuliharaan yang terkandung dalam piagam dan garis panduan
antarabangsa seperti UNESCO dan ICOMOS.

 

 

Prinsip
Pemuliharaan

Antara prinsip-prinsip asas
pemuliharaan yang terkandung dalam piagam antarabangsa ialah:

 

  I.       
Dapat memanjangkan usia bangunan.

II.        
Menghormati kualiti tempat.

III.       
Mengutamakan bahan yang asal juga keaslian kerja
tangan.

IV.       
Berhati-hati membuat penyelidikan dan perekodan
sebelum gangguan.

V.       
Pemuliharaan merupakankerja-kerja yang
menganggu bangunan dari segi kedudukan, susunan dan fabrik bangunan. Oleh itu,
sebarang gangguan untuk penyelidikan dan kerja awalan mestilah paling minimum.

VI.       
Simpati dalam interpretasi dan kegunaan.

VII.       
Risiko paling minimum ke atas kehilangan
bahagian-bahagian yang penting dan kerosakan yang tidak menentu semasa ujian ke
atas bahan binaan.

VIII.       
Gangguan yang boleh dikembalikan semula.

IX.       
Pengubahsuaian yang paling minimum ke atas
fabrik bangunan.

X.       
Dapat membezakan di antara bahan lama dengan
tambahan bahan baru.

XI.       
Memberi peneguhan yang maksimum kepada struktur
asal.

 

 

Proses
Pemuliharaan

          Pemuliharaan merupakan proses menjaga dan mengawasi
sesebuah bangunan warisan dari dimusnahkan atau dibaikpulih tanpa perancangan
dan pengurusan yang sistematik. Ia melibatkan kerja-kerja untuk mengekalkan
binaan asal bangunan dan tapak warisan. Proses ini juga merupakan proses
pemanjangan usia bangunan warisan.

 

 

 

 

Berikut merupakan proses
pemuliharaan bangunan warisan :-

1)    Kajian awalan –
kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang
merangkumi lokasi, pemilik, nilai-nilai kepentingan, sejarah, dan keadaan
semasa.

2)    Kajian dilapidasi –
bagi mengenalpasti jenis, tahap kerosakan bangunan dan cadangan kaedah
pemuliharaan.

3)    Penyediaan dokumen –
dokumen tender atau sebut harga disediakan bagi menentukan skop kerja dan
teknik untuk pemuliharaan bangunan serta anggaran kos.

4)    Kerja-kerja pemuliharaan –
dijalankan berdasarkan garis panduan yang disediakan serta menyediakan Laporan
Sebelum Pemuliharaan, Semasa Pemuliharaan dan Selepas Pemuliharaan berserta
rakaman video. Kemudian proses kerja pemuliharaan.

5)    Pelan penyenggaraan –
untuk memastikan bangunan diurus dan disenggara dengan baik secara berkala
dengan menggunakan kaedah dan teknik yang betul.

 

Konservator

Kerja-kerja pemuliharaan
mestilah diurus dan dikendali oleh pihak-pihak yang mempunyai kepakaran dan
kelulusan (kelayakan teknikal) serta pengalaman dalam kerja-kerja pemuliharaan
bangunan warisan. Hal ini demikian kerana, seorang konservator perlu dilantik
oleh pagawai berkuasa bagi setiap pihak unttk mengawasi kerja-kerja
pemuliharaan yang akan dilaksanakan di tapak warisan.

 

 

 

 

4.2
PANDUAN KERJA PEMULIHARAAN

Perlindungan

Terdapat
beberapa panduan penting yang perlu diambil kira ketika menjalankan kerja
pemuliharaan. Dari segi perlindungan, komponen serta struktur bangunan perlu
dilindungi semasa kerja pemuliharaan dijalankan supaya kerosakan tambahan tidak
berlaku. Komponen tempat asal bangunan bersejarah harus dipulihara. Hal ini
demikian kerana, bangunan tersebut harus dilindungi bagi memelihara elemen asal
bangunan ketika kerja-kerja pemuliharaan dijalankan. Sebagai contoh, pembinaan
bumbung sementara dapat memberi perlindungan terhadap struktur bumbung yang
sedia ada.

Mengenalpasti Dan Mengekalkan Elemen

Bangunan
yang memerlukan kerja pemuliharaan harus dikenalpasti ciri-ciri asal bangunan
bagi mengekalkan elemen tersebut. Setiap elemen bangunan seperti bumbung, lantai,
dinding, tiang, pintu, tingkap serta elemen dekorasi bangunan harus
dikenalpasti bagi mengekalkan elemen yang mempunyai faktor kepentingan budaya
dan sejarah. Perancangan tatacara kerja bagi pemuliharaan setiap elemen
bangunan dapat dirangka melalui pengenalpastian dan pengekalan ciri-ciri asal
bangunan warisan.

Mengganti Elemen Yang Rosak

Elemen
yang rosak boleh digantikan dengan elemen baru. Contohnya, elemen yang
mengalami kerosakan teruk seperti patah, reput, pecah atau diserang anai-anai
perlu digantikan dengan bahan yang sepadan dengan bahan asal serta bahan
pengganti tersebut perlu ditandakan dengan tag yang dilengkapi dengan tarikh
elemen dipulihara. Kerja-kerja penggantian harus direkod dengan menandakan
lokasi tersebut di atas pelan bangunan tersebut.

Merawat Dan Menjaga

Elemen
bangunan yang telah dibaiki dan dipulihara harus dijaga dengan baik ketika
kerja-kerja pemuliharaan dijalankan. Elemen yang berkemungkinan terdedah kepada
kerosakan baru seperti kotoran pada permukaan atau kesan tindakan mekanikal
seperti calar akibat geseran beban berat harus dilindungi. Bahan-bahan kayu
memerlukan rawatan terlebih dahulu iaitu rawatan kimia atau proses pengeringan
diluar tapak hendaklah dilakukan dengan cekap. Penggunaan bahan kimia turut
memerlukan khidmat nasihat pakar bagi mematuhi prosedur keselamatan.

 

4.3
KAEDAH DAN TEKNIK PEMULIHARAAN

Bangunan
warisan memiliki seni bina yang unik serta mempunyai kelebihan dari segi budaya
tersendiri. Elemen-elemen seperti bumbung, dinding, tiang serta dekorasi dapat
menyumbang kepada karektor sesebuah bangunan warisan. Kesemua elemen asal
bangunan warisan harus dikekalkan manakala penggantian bahan yang baru harus
sepadan dengan bahan yang asal. Prinsip kerja perlu dipatuhi pada setiap
peringkat kerja bagunan bagi memastikan bangunan warisan sentiasa terpelihara
serta kukuh sepanjang projek pemuliharaan dilaksanakan.

4.3.1 BUMBUNG

Bumbung
merupakan salah satu karektor bangunan warisan yang amat penting. Skala
bumbung, bentuk, kecerunan serta jenis kemasan yang digunakan mempengaruhi gaya
seni bina sesebuah bangunan. Bumbung adalah komponen yang paling utama bagi
melindungi bangunan daripada hujan, panas dan angin.Pembinaan profil bumbung
yang sesuai akan menjadikan bangunan warisan tahan lebih lama serta dapat
mengurangkan perbelanjaan penyenggaraan bangunan.Masalah yang sering berlaku
pada struktur bumbung merangkumi pereputan kayu akibat kelembapan dan serangan
anai-anai.

Prinsip
Pemuliharaan

      i.       
Merekod kaedah binaan struktur bumbung

    ii.       
Mengenalpasti tahap kerosakan serta faktor
penyebab berlakunya kerosakan bumbung

   iii.       
Pemasangan bumbung sementara perlu dilakukan
bagi tujuan perlindungan bangunan

   iv.       
Penggantian dan penyambungan kayu baru harus
menggunakan teknik yang dapat meneguhkan keseluruhan struktur bumbung

    v.       
Perawatan penjagaan pada kayu yang terdapat di
struktur bumbung perlu dilakukan bagi mencegah anai-anai dan struktur besi
harus dicat semula dengan jenis cat yang bersesuaian

Tatacara
Kerja

      i.       
Membuat penyiasatan dan mengenalpasti kemasan
bumbung yang asal

    ii.       
Mengenalpasti jenis bahan, saiz dan ukuran
bumbung

   iii.       
Pemilihan kemasan baru bagi menggantikan
bumbung asal yang telah musnah harus sepadan dengan keseluruhan rupa bumbung
dan seni bina bangunan

4.3.2 PINTU DAN TINGKAP

Pintu
serta tingkap merupakan elemen bangunan yang dapat menonjolkan keunikan reka
bentuk bangunan warisan. Elemen seperti pintu dan tingkap memiliki kepelbagaian
bentuk dan gaya termasuk perincian bersesuaian dengan fungsi dan lokasi
pemasangan. Pintu dan tingkap kebiasaannya diperbuat daripada bahan kayu. Pintu
dan tingkap sering mengalami kerosakan akibat daripada serangan anai-anai serta
keusangan kayu menyebabkan kayu patah dan reput.

Prinsip
Pemuliharaan Pintu Dan Tingkap

      i.       
Mengembalikan semula pintu serta tingkap kepada
bentuk dan binaannya seperti yang asal

Tatacara
Kerja

      i.       
Kerja pemuliharaan pintu dan tingkap dimulakan
dengan membuat inventori dan melabel pintu dan tingkap yang mengalami kerosakan

    ii.       
Pintu dan tingkap yang rosak akan dikeluarkan
dan dibawa ke bengkel untuk pembaik pulih kayu

   iii.       
Mengganti kesemua aksesori pintu seperti
engsel,selak,tombol dan kunci pintu serta tingkap bangunan yang telah rosak
dengan bahan baru yang bersesuaian

   iv.       
Memasang semula kerangka dan daun pintu serta
tingkap bangunan yang telah ditanggalkan

    v.       
Memberi perlindungan kepada pintu dan tingkap
yang telah dipulihara dengan membalut pintu serta tingkap dengan plastik bagi
mengelakkan kerosakan baru pada kayu tersebut

 

 

 

4.3.3 DINDING

          Pemuliharaan bangunan warisan hendaklah memastikan keaslian
reka betuk bangunan tersebut termasuklah bahan binaan dan teknik pembinaan.
Bangunan warisan di Malaysia dibina menggunakan bahan tradisional seperti bata
tanah liat dan kapur. Bangunan warisan tersebut juga dibina dengan struktur
dinding ikatan batu bata tanah liat dan mortar kapur. Dinding bata bangunan
warisan menonjolkan nilai estetik yang menarik dengan memberi image pada
bangunan dari segi warna dan tekstur.

          Kerosakan yang berlaku pada dinding bangunan warisan
disebabkan oleh faktor cuaca (hujan). Curahan dan rembesan air hujan keatas
dinding bangunan warisan yang lama menyebabkan kelembapan pada tekstur bahan
yang berpori atau berliang. Kesan masalah ini dapat dilihat melalui keadaan
dinding yang berlumut, cat menggelupas, kusam, keretakan dan sebagainya. selain
itu, kecacatan padad dinding bata bangunan lama warisan adalah keretakan
menegak atau melintang. Masalah ini mungkib disebabkan oleh pergerakan tanah
dan kelemahan bahan binaan atau sambungan pembinaan.

 

Tatacara kerja:

  i.       
Mengkaji keadaan struktur dinding dan
mengenalpasti kecacatan. (dilakukan dengan cermat)

 ii.       
Bahagian didnding yang dikenalpasti kecacatan
atau kerosakan struktur mestilah diberi peneguhan menggunakan kaedah yang
sesuai bagi meminimakan gangguan serta kerosakan struktur dinding.

iii.       
Rawatan terhadap dinding bata yang bermasalah
hendaklah dilakukan dengan menggunakan kaedah serta teknik yang efisien.

iv.       
Bata yang rosak hendaklah diganti dengan bata
yang baru dan haruslah sepadan dengan bata yang asal dari pelbagai aspek
termasuk warna, saiz, tekstur dan ketahanan bahan.

 v.        
Penggantian bata seeloknya menggunakan bata
yang lama atau bata asal yang masih kukuh dari segi ketahanan bahan.

vi.       
Bahan binaan yang baharu digunakan hendaklah
boleh dikembalikan semula untuk rawat dan pulihara di masa akan datang.

vii.       
Kaedah dan teknik yang efisien mestilah
digunakan dalam penyambungan dan pemuliharaan keretakan serta tidak merosakkan
fabrik asal.

viii.       
Pembinaan dinding bata mestilah dilakukan
dengan teknik penyusunan bata yang asal.

 

Peringatan:

Kerja-kerja pemuliharaan
dinding bangunan tidak dibenarkan menggunakan simen Portland kerana
bertentangan dengan prinsip pemuliharaan.

 

4.3.4 RAGAM
HIAS

          Ragam hias merupakan hiasan ataupun dekorasi tambahan yang
menghiasi permukaan fasad bagunan-bangunan warisan termasuk tiang, pintu,
tingkap dan siling bangunan.  Ragam hias
ini boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu ukiran, corak lepaan
(plasterworks). Ia berfungsi sebagai menonjolkan gaya serta nilai estetika
sesebuah bangunan warisan. Ragam hias ini dapat dilihat kebanyakannya pada
rumah-rumah kedai di lebuh carnavon.

          Kerosakan yang biasa berlaku pada ragam hias khususnya
corak lepaan adalah pecah, rekahan halus, kotor dan ditumbuhi kulat dan lumut.
Kerosakan ini terjadi disebabkan keusangan dan kelembapan serta pencemaran alam
sekitar yang berlaku. Selain itu, ia juga disebabkan kerja-kerja baik pilih
yang menggunakan bahan tidak sesuai dengan bahan asal.

 

Tatacara kerja:

      i.     Ragam
hias asal mestilah dikekalkan

    ii.     Merekod
dan mengambil foto rupa bentuk serta motif ragam hias, dan mencerap ukiran dan
corak plasterwork bagi tujuan membuat replika rupa ata plasterwork yang asal.

   iii.     Pemeriksaan
teliti perlu dilakukan sebelum kerja pemuliharaan dilakukan terhadap
plasterwork bagi mengenalpasti kerosakan yang berlaku.

   iv.     Kerja-kerja
pencucian dan pembersihan plasterwork hendaklah dilakukan dengan cermat dan
berhati-hati menggunakan berus, pengikis dan semburan air secara manual dan
elakkan semburan air yang bertekanan tinggi.

    v.     Bahan
kimia (kurang berbuih dan berasid) bagi membuang tumbuhan atau kotoran degil
hendaklah dengan kadar yang minima supaya tidak merosakkan plasterwork.

   vi.     Bahan
baik pulih plasterwork yang rosak mestilah menggunakan bahan yang sama dengan
yang asal.

 

Ukiran
Kayu

Ukiran kayu juga merupakan
keunikan ragam hias yang terdapat pada bangunan-bangunan warisan. Kebiasaannya
kerosakan yang dialami oleh bahan kayu adalah pereputan, lenturan dan patah
akibat keusangan, kesan suhu persekitaran, pengaratan paku dan kelembapan. Ukiran
kayu ini seharusnya dipelihara serta dikekalkan kerana mempunyai nilai seni dan
budaya.

Tatacara Kerja:

      i.     Merekod
dan mengambik foto motif dan corak pada ukiran kayu untuk tujuan membuat
replika corak asal ukiran.

    ii.     Pemeriksaan
teliti perlu dilakukan sebelum kerja pemuliharaan dijalankan untuk memastikan
kerosakan.

   iii.     Kenalpasti
jenis kayu ukiran.

   iv.     Kerja-kerja
pencucian dan pembersihan yang bercat perlulah dilakukan dengan berhati-hati.

    v.     Kaedah
pembersihan permukaan yang telah dikikis haruslah kaedah kering dan tidak
dibenarkan menggunakan air.

   vi.     Kerja
megukir ukiran kayu yang baru perlulah menggunakan  kayu yang sama spesis dan gred dengan kayu
asal.

 

4.3.5 SALURAN PAIP AIR HUJAN DAN TALANG

Saluran
paip air hujan serta talang merpakan sebahagian komponen bangunan yang
mempunyai fungsi yang amat penting. Talang berfungsi bagi mengumpul air yang
mengalir dari bumbung dan menyalurkannya mealui saluran paip air hujan. Saluran
paip akan dipasang menegak bagi membawa air ke sistem perparitan asas tanah.
Masalah yang sering berlaku terhadap komponen saliran air hujan ialah talang
mudah berkarat dan reput. Talang yang bersaiz kecil akan menyebabkan limpahan
berlaku ketika hujan lebat. Talang yang tersumbat dengan kotoran atau saluran
paip pecah akan menyebabkan penyaliran air hujan tidak sempurna. Kerosakan pada
saluran paip air hujan dan talang akan menyumbang masalah kepada komponen
bangunan yang lain seperti dinding serta lantai lembab dan berlumut.

Tatacara
Kerja

      i.       
Merekod saiz dan jenis bahan saluran paip yang sedia
ada

    ii.       
Sekiranya sistem saluran masih boleh digunakan,
kerja menyelenggarakan talang dan saluran paip perlu dijalankan

   iii.       
Sekiranya sistem saluran air telah rosak,
penggantian sistem saluran baru perlu dilaksanakan dengan mengunakkan bahan
sistem saluran yang bersesuaian dengan paip asal

4.3.6 CAT

Cat
turut memainkan peranan penting kerana ia memberi perlindungan kepada bahan
seperti kayu dan dinding. Cat terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu sebagai
pengikat, pencair dan pigmen. Cat berperanan sebagai pengikat amat penting
kerana dapat menentukan tempoh hayat sesuatu cat yang digunakan. Oleh hal yang
demikian, cat yang bersesuaian dan berkualiti tinggi harus digunakan bagi
mengecat bangunan warisan. Cat turut digunakan supaya bangunan warisan
kelihatan lebih cantik dan ceria. Prinsip pemuliharaan bangunan warisan adalah
untuk memelihara bangunan dengan reka bentuk yang asal termasuk warna bangunan.
Kaedah mengikis lapisan cat digunakan bagi mengenalpasti warna asal bangunan
warisan.

Tatacara
Kerja

      i.       
Kaedah mengikis cat perlu dilakukan dengan
cermat tanpa merosakkan fabrik bangunan warisan

    ii.       
Kajian lapisan cat perlu dilakukan sebelum
kerja-kerja menghikis keseluruhan dinding dijalankan bagi mendapatkan sampel
cat warna asal

   iii.       
Kerja-kerja menghikis cat perlu dilakukan
dengan cermat tanpa menjejaskan fabrik permukaan kayu serta dinding asal

 

4.3.7 SISTEM PERKHIDMATAN BANGUNAN

Pendawaian Elektrik

Pendawai
atau kontraktor haruslah mengenalpasti dan merancang kerja-kerja yang hendak
dilakukan, sebelum pendawaian dimula supaya hasil kerja kemas, tersusun dan
selamat digunakan serta mestilah mengurangkan kerosakan pada banguanan warisan.

Tatacara
kerja:

      i.       
Mengelakkan daripada merosakkan dinding.

    ii.       
Kerja-kerja pendawaian perlu dilakukan dengan
berhati- hati supaya permukaan fasad bangunan tidak terjejas atau mengalami
kerosakan.

   iii.       
Kerja-kerja pendawaian elektrik juga perlu
dilakukan secara permukaan dan sembunyikan dalam salur atau trunking.

   iv.       
Keadaan bangunan sebelum dan selepas pemasangan
sistem elktrik haruslah direkodkan.

    v.       
Senarai semak, pemeriksaan dan penyenggaraan
sistem pendawaian haruslah disediakan.

   vi.       
Pemasangan komponen pendawaian yang baru perlu
diletak di tempat yang tersembunyi tetapi mudah dijumpai bagi tujuan
penyenggaraan.

  vii.       
Pengujian keselamatan elektrik haruslah disahkan
oleh pegawai yang berkelayakan.

 

Pencahayaan

Kaedah
pencahayaan mestilah dilakukan dengan teliti dan mengambil kira seni warisan
yang terdapat pada bangunan tersebut, supaya tidak memberi impak yang negatif
kepada bangunan warisan dan menenggelamkan imej warisan sedia ada. Pencahayaan
mestilah mengambilkira pelbagai faktor seperti warna dan kadar tindak balas
terhadap permukaan bangunan tersebut. Tujuan pencahayaan juga perlu diambil
kira bagi mencapai objektif pencahayaan yang diinginkan. Kaedah ini pencahayaan
ini juga hendaklah tidak terlalu ketara serta menyebabkan gangguan pada fasad
bangunan warisa. Ianya juga hendaklah mudah dipasang dan diselenggara.

Sumber
pencahayaan hendaklah mampu mempamerkan keunikan dan penampilan bangunan
warisan dengan pemasangan lampu LED (warm white LED) yang disyorkan dan
bersesuaian. Pencahayaan LED yang melebihi 3000 K akan mengeluarkan 470 nm yang
akan memberi kesan negatif kepada kesihatan dan persekitaran.

Penggunaan
lampu limpah mestilah mengambilkira faktor lokasi agar tidak menganggu
pandangan dan laluan penghuni mahupun pengunjung bangunan warisan tersebut.

Papan Tanda

Perletakan
papan tanda pada bangunan mestilah tidak menenggelamkan nilai warisan yang
terdapat pada bangunan terbabit. Kedudukan papan tanda mestilah diletak pada
permukaan bangunan yang telah dikhususkan dan sesuai untuk papan tanda.
Biasanya diletakkan di bahagian atas bangunan.

Reka
bentuk papan tanda yang lebih ringkas dan tidak besar adalah lebih baik kerana
ia lebih sesuai dan tidak menenggelamkan seni warisan yang terdapat pada
sesebuah bangunan. Bahan untuk membuat papan tanda mestilah sesuai dan
berkualiti tinggi. Bahan yang tidak sesuai dengan elemen dan nilai sesebuah
bangunan warisan hendaklah dielakkan.

Papan
tanda mestilah tidak memberikan impak yang buruk kepada bangunan warisan tidak
kira secara langsung ataupun tidak langsung. Penggunaan bahan yang mudah
berkarat juga harus dielakkan. Teknik pemasangan pengikat anti-karat perlu
digunakan dan dipasang pada bahagian lepaan. Selain itu, sebarang pengika tidak
dibenarkan dipasang pada bahagian unit bata bagi mengelakkan kerosakan pada
unit bata tersebut. Sebarang pemasangan pengikat ataupun pemegang papan tanda
perlulah mendapat kebenaran dari Jabatan Warisan Negara serta mengemukakan
prosedur kerja menggunakan boring tatacarakerja JWN sebelum mendapat kelulusan
daripada Pegawai Penguasa Projek untuk menjalankan kerja-kerja di tapak
warisan.